memaparkan
1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dan sebagainya) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dan sebagainya, mendedahkan, membentangkan:
dipaparkannya segala isi hatinya;
~ satu kejadian yang berlaku pada zaman Jepun;
2. memperlihatkan teks, data, grafik dan sebagainya pada skrin komputer dan sebagainya;
terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera:
di dalam rajah ini ada ~ dua jenis skala;
hal seumpama itu sering ~ dalam akhbar dan majalah;
paparan
1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dan sebagainya) yang dipaparkan:
~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika;
~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini untuk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi;
2. maklumat seperti teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dan sebagainya yang dipaparkan pada skrin komputer dan sebagainya:
telefon itu menawarkan ~ grafik yang besar;
pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dan sebagainya) memaparkan:
~ teksnya tidak begitu bagus;
media massa terlalu banyak memberi ruang kepada ~ hidup cara Barat;
pemapar alat (unsur dan sebagainya) yang memaparkan sesuatu:
telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna untuk penggunaan yang menarik.