pandai

1. cerdik, pintar:
semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~;
orang ~-~
orang yang terpelajar (berilmu);
bijak (cerdik) ~
a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yang terpelajar, cendekiawan;

2. bijak, cekap, mahir:
begitu ~ ia berpura-pura;

3. boleh, mampu, sanggup:
sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri;

4. sesuka hati (ikut mana yang difikirnya elok), sekehendak hati:
selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu;

5. orang yang mahir dalam pertukangan dan lain-lain, tukang, ahli;
~ besi tukang besi;
~ canai tukang mencanai pisau;
~ emas tukang emas;
~ hidup
a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dan lain-lain);
b) pandai bergaul dengan orang lain supaya tidak dibenci dan lain-lain;
~ jatuh [bahasa percakapan] pandai mencari alasan dan lain-lain untuk menyelamatkan diri;
~ kayu tukang kayu;
~ lukis ark orang yang pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis;
~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dan lain-lain;
~ tenggang (akal) pandai mencari akal;
~ ubat ahli ubat;
~ menyipat, tidak ~ menarah (peribahasa) tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja;
~ makan, ~ simpan (peribahasa) pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia;

sepandai-pandai bagaimana (betapa) pandai sekalipun:
~ tupai melompat, sekali akan gawal juga;

berpandai-pandai [Minangkabau] melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain:
~ engkau mengajak lakimu;

memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri:
kebanyakannya itu, kerananyalah yang ~ sendiri;
~ diri
berpandai-pandai;

memandaikan
1. [sastera lama] membuat, membina;

2. menjadikan pandai:
amanat guru ialah untuk ~ murid;

kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepintaran:
ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga;

berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran):
ia tiada ~ suatu apa.

berkongsi