1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul;
2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul;
3. [sastera lama] perempat, suku;
se~ sesuku;
~ belalang
a) paha yang kecil dan lurus;
b) sejenis penyemat (pin) baju;
c) spring, pegas;
~ kek bahagian kek (alat tenun) yang berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang);
bergendang ~ (peribahasa) bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan;
cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga (peribahasa) kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya;
diberi betis hendak ~ (peribahasa) diberi sedikit, kemudian hendak banyak.
berkongsi