sejenis tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera;
~ bawang = ~ manis kelapa yang boleh dimakan dengan sabut-sabutnya;
~ bisu [Kelantan] orang tua yang pendiam tetapi berakal;
~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yang isinya baru hendak keras;
~ dara pohon kelapa yang belum berbuah;
~ gading
a) pohon kelapa yang agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sebagai perhiasan), Cocos plumosa;
b) [Kelantan] anak gadis yang comel-comel (kesayangan ibu bapa);
~ ingusan buah kelapa yang baru hendak berisi;
~ kapal [Kelantan] nyiur yang berbatang kecil dan rendah;
~ koman [Kelantan], [kiasan] orang yang tidak berguna kepada masyarakat;
~ masam [Kelantan]
a) nyiur yang busuk kerana rosak;
b) perempuan yang tidak berguna;
apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya (peribahasa) ganti yang hilang itu mestilah yang sama pula;
laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat (peribahasa) tidak boleh orang yang bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dalam sesuatu majlis;
orang yang bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya (peribahasa) orang yang menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya;
umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang (peribahasa) mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yang baik dan benar, dan yang buruk dibuang.
nyiur
berkongsi