nyawa

1. roh yang menghidupkan manusia (haiwan dan lain-lain), jiwa, semangat:
janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum;
undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia;
~nya sudah melayang
ia sudah mati;
membuang ~ = menyabung ~ menentang bahaya maut;
minta ~ minta dihidupkan;
~-~ ikan hampir-hampir mati;

2. [kiasan] yang amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati:
aduhai adinda, ~ kekanda;
~ bergantung di hujung kuku
(peribahasa) dalam keadaan yang sulit dan berbahaya;
satu ~ dua badan (peribahasa) sehidup semati (berkenaan (dengan) dua orang sahabat atau sepasang suami isteri);

senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati;

bersenyawa menjadi satu (dengan), bersebati (dengan):
hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan ~ menjadi air;

mensenyawakan menjadikan senyawa;

mempersenyawakan menjadikan bersenyawa, menyebatikan:
kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain;

persenyawaan perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian:
percantuman antara sel jantan dengan sel telur ini dinamakan ~ ;
~ sendiri
penswasenyawaan;
~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan daripada spesies yang sama;

bernyawa
1. mempunyai nyawa, hidup;

2. [kiasan] ada aktiviti yang berlangsung, bergerak dengan pelbagai kegiatan (urus niaga dan sebagainya) dijalankan, hidup:
perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ.

berkongsi