nafsu

[Arab]

1. keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat, kemahuan yang kuat, dorongan hati:
~ belajarnya tidak padam-padam;
terburu ~
= keburu ~ [Indonesia] berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa kerana nafsu (dengan tidak berfikir panjang);

2. = hawa ~ kehendak hati yang kuat untuk melakukan sesuatu yang melampau atau kurang baik (seperti berseronok antara laki-laki dengan perempuan dan lain-lain):
perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki;

3. = ~ makan keinginan untuk makan, selera:
fikiran yang tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan;
patah ~
hilang selera;
~ amarah
a) dorongan hati untuk melakukan sesuatu yang kurang baik;
b) kepanasan hati, kemarahan;
~ kuda hawa nafsu yang melampau;
~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu;
~ tabiat ark kemahuan semula jadi, naluri;
~-nafsi, raja di mata, sultan di hati (peribahasa) melakukan sesuatu dengan sesuka hati sendiri;

bernafsu dengan penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu:
mereka tidak begitu ~ untuk memakan kuih itu;
matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~.

berkongsi