musuh I

1. orang yang ditentang (dalam peperangan, perkelahian, pertandingan, dan lain-lain), lawan, seteru:
tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia;

2. sesuatu yang mengancam (kesihatan, jiwa, dan lain-lain), sesuatu yang merosakkan:
penyakit tibi ini ialah ~ yang besar sekali kepada manusia;

3. [kiasan] bandingan, imbangan, tandingan;
tidak ada ~nya tidak ada bandingan atau tandingannya;
~ ketat musuh yang paling besar (kepada);
~-masah berbagai-bagai musuh;
~ tradisi lawan (dalam pertandingan dan sebagainya) sejak dahulu hingga masa kini;
~ tumbuhan segala yang merosakkan tumbuhan (seperti serangga dan lain-lain);
~ dalam selimut (peribahasa) musuh yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri;
~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan (peribahasa) musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut;

bermusuh, bermusuhan bersikap sebagai musuh (antara satu sama lain), berlawanan, bertentangan:
memang nafsu itu sentiasa ~ dengan akal fikiran;
dengan tiba-tiba sahaja kami ~ dengan mereka;

memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang:
kami tidak ~ sesiapa;

musuh-memusuhi saling memusuhi:
apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;

permusuhan perihal bermusuh, perseteruan:
dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling.

berkongsi