musnah

binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak:
sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api;

memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan:
angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dalam masa tiga hari sahaja;

kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan:
semenjak penduduknya diperintahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~;

pemusnahan perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan:
penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia;

pemusnah yang memusnahkan (membinasakan):
benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat?

berkongsi