1. keluar kembali daripada mulut (barang yang dimakan dan lain-lain):
maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu;
2. = muntahan apa-apa yang keluar kembali melalui mulut;
3. turun atau luntur (warna kain);
~ belalah mengeluarkan muntah dengan banyak;
~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun);
~ darah mengeluarkan darah dari mulut;
~ kedarah [bahasa kasar] makan;
menjilat ~ sendiri (peribahasa) apa yang telah ditolak (dicacat) diterima lagi;
memuntahi mengeluarkan muntah dan mengenai sesuatu:
ia ~ katilnya;
memuntahkan
1. mengeluarkan muntah (apa yang sudah di dalam perut):
ia ~ kembali apa yang telah dimakannya;
2. mengeluarkan apa yang ada di dalam mulut, meluahkan:
setelah dikunyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu;
3. [kiasan] mengeluarkan banyak-banyak:
kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dari mesingannya yang menggerutup menuju sasarannya;
~ isi perut [bahasa kasar] mengeluarkan perasaan hati;
pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan:
di Malaysia, kaedah ~ yang selamat bagi mengeluarkan racun yang tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah;
pemuntah (ubat dan sebagainya) yang menyebabkan muntah:
agen ~ ialah ubat yang sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah.