1. tidak boleh tidak, wajib:
kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti;
2. tentu, pasti:
apa Kamal buat ~lah Aini tahu;
3. patut, wajar:
ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya;
semestinya
1. sepatutnya, sewajarnya:
sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku;
2. sebenarnya, sememangnya:
kepadanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan;
memestikan
1. mewajibkan:
tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dalam bulan Ramadan;
2. menentukan, menetapkan;
termesti dimestikan (diwajibkan);
kemestian
1. sesuatu yang dimestikan, kewajiban;
2. ketentuan, ketetapan.
berkongsi