marah I

berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka:
ayah dan ibunya ~ kepadanya;
perkataan yang akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit;
~ku kepada orang-orang Jepun yang mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang;
kena ~
diberangi (digusari);
naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah;

memarahi marah kepada, memberangi, menggusari:
dia sendiri terasa salah kerana ~ adiknya;
budak-budak yang bergayut itu telah dimarahi oleh konduktor bas tersebut;

memarahkan
1. (naik) marah kerana sesuatu:
dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya;

2. menyebabkan jadi (naik) marah:
perbuatan Wak Salleh mengemis setiap minggu itu ~nya benar;

marahan [Jakarta] enggan (tidak mahu) bercampur dengan orang lain kerana marah;

kemarahan perihal marah, keberangan, kegusaran:
perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung;
pada saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota;

kemarah-marahan sangat marah;

pemarah
1. orang yang cepat atau lekas marah:
apakah suaminya ~ dan pencemburu?

2. bersifat atau lekas marah;

amarah.

berkongsi