mana

1. = yang ~ kata yang digunakan untuk menanyakan benda dalam satu kumpulan (kelompok):
baju ~ yang hendak dibawa pergi?;
~ satu budak yang nakal itu?

2. perkataan yang digunakan untuk menanyakan tempat:
di ~ sampai, di situlah bermalam;
di ~ ayahmu sekarang?;
ke ~ engkau hendak pergi?;
di ~ mungkin (perlu)
kalau mungkin (perlu);
di ~ ~ di segala tempat;
ke ~-~ ke segala tempat;

3. perkataan yang digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara sesuatu;
bagai~ = macam ~ seperti apa keadaannya (caranya);

4. = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana:
seorang ibu manakan jemu memelihara anaknya;
manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu;
~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya;
~lagi
= ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi;
di manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mungkin, mustahil:
kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu;
~ tahu Dolah menolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala;

5. [sastera lama] barang apa, apa sahaja :
~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui;

6. apa:
bahasa ~ yang disebut raja ini;
sebanyak ~ stok yang hendak diisikan di dalam kedai itu terpulanglah kepada pekedai;
~ pula
lebih-lebih lagi, tambahan lagi, mana lagi;

7. yang tersebut (sebelumnya):
kepandaian itu digunakan untuk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menyedihkan;
~ … ~ …
baik…. mahupun…:
~ miskin ~ kaya datang semuanya;
~ … ~ …
sudah… pula;
~ panas ~ berdesak-desak [bahasa percakapan] sudahlah panas berdesak-desak pula;

mana-mana
1. mana pun, barang apa pun, setiap:
mereka tidak menyebelahi ~ pihak dalam pertikaian itu;
bacalah ~ novel;
~ dokumen disimpannya baik-baik;

2. siapa-siapa, barang siapa:
~ yang setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.

berkongsi