1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dan lain-lain) kerana membuat sesuatu yang salah atau yang tidak sopan, berasa tidak senang:
aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju;
panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pada perempuan yang tiada mahu kepadanya;
2. perasaan aib (hina, rendah diri, dan lain-lain):
untuk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya;
3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut):
ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini;
~ besar malu yang amat sangat;
~ mata segan, hormat;
~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar (peribahasa) kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan;
~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) (peribahasa) tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh;
semalu;
sehina ~ mempunyai nasib yang sama, seia, sekata;
malu-malu nampaknya sangat malu:
masuklah, jangan ~;
dengan sikap yang ~, dinyatakannya maksudnya dalam bahasa yang lembut;
~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dengan orang yang dihormati dan lain-lain);
~ kucing berpura-pura malu;
memalui ark
1. menaruh malu pada:
dialah yang harus kaumalui;
2. menghormati, menakuti, menyegani:
pada ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka;
memalukan
1. memberi malu, menyebabkan malu:
akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan;
2. malu kerana sesuatu (pakaian dan lain-lain):
tak usah dimalukan rumah buruk;
termalu-malu berasa agak malu:
selama besar ini dia ~ memanggil abang kepada Ramlan;
kemaluan
1. perihal malu, sesuatu yang mendatangkan malu, rasa malu:
jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku;
2. mendapat (berasa) malu:
hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~;
3. [bahasa halus] alat kelamin (laki-laki atau perempuan);
kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu:
dia tunduk ~;
pemalu (orang yang) mudah berasa malu.