main I

1. sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang atau bersuka-suka (dengan menggunakan alat-alat tertentu atau tidak):
~ bola;
~ gasing;
~ guli;
~ jongkang-jongket;
~ tenis;

2. = bermain berbuat sesuatu untuk menyukakan atau menyenangkan hati (dengan menggunakan alat-alat tertentu atau tidak):
jangan ~ di tengah hujan nanti demam;

3. [bahasa percakapan] melakukan sesuatu dengan sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang):
dia kini telah pandai ~-~ sabar;

4. berjudi:
~ judi;
~ tikam ekor;

5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dan lain-lain);

6. [Indonesia] [bahasa percakapan] bekerja (untuk mencari nafkah);

7. [sastera lama] kebijaksanaan (dalam mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat:
tiada mengapa, lihatkan juga oleh saudaraku ~ si Tuah dengan seterusnya;
~ angin
selalu berubah (berputar belit) percakapannya;
~ gila berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan;
~ kasar [bahasa percakapan] bertindak atau bercakap kasar;
~ kayu = ~ muda [bahasa percakapan] bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dengan perempuan;
~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dengan tujuan berbuat jahat;
~ mata
a) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata;
b) memberi isyarat dengan mata;
~ pantai sejenis perayaan memuja pantai;
~ perempuan bermukah dengan perempuan;
~ rebutan berebut hadiah yang digantungkan pada tiang yang dilicinkan;
~ siku (sikut)
a) menyinggung dengan siku;
b) menipu dan lain-lain ke sana sini;
~ sunglap
a) main silap mata;
b) mengenakan tipu muslihat (kepada), memperdaya;
~ tangan memukul dengan tangan;
~ tempel [bahasa percakapan] meminta pertolongan kepada orang yang berkuasa;
~ undi
a) main loteri;
b) [arkaik] main dadu;
bukan ~ sungguh, sangat;

bermain
1. melakukan sesuatu untuk bersenang-senang atau bersuka-suka:
Amin belajar, ~ , bekerja dan berehat dengan berpedomankan jadual waktu itu;
~ badminton;

2. bermukah dengan, berjahat dengan:
sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dengan isteri Tun Biajid;

3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dan sebagainya):
paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya;
kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya;
~ dengan kata-kata
menggunakan kata-kata dengan berbagai-bagai cara dan gaya;
~ tangan menggunakan ketangkasan tangan;
~ tangan panjang memegang-megang (meraba-raba) perempuan;
~ akal (budi) (peribahasa) mengenakan tipu daya (tipu muslihat);
~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka (peribahasa) tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya;

bermain-main
1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu):
setiap hari kami ~;

2. tidak bersungguh-sungguh, berseloroh sahaja:
perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja;

memainkan
1. melakukan sesuatu dengan suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka:
~ lembing;

2. melagukan nyanyian dengan bunyi-bunyian:
~ lagu keroncong;

3. membunyikan alat bunyi-bunyian:
budak itu telah pandai ~ piano;

4. menayangkan (wayang dan lain-lain):
filem ini pernah dimainkan tahun lepas;

5. melakonkan (sandiwara, drama, dan lain-lain):
Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam;

6. memegang peranan sebagai (dalam sandiwara, drama, dan lain-lain):
ia ~ watak ayah dalam drama itu;
~ peranan

a) berlakon sebagai;
b) [kiasan] mengambil bahagian dalam;

mempermainkan, memain-mainkan
1. = bermain-main dengan, menggunakan sesuatu untuk bermain-main (sebagai permainan):
ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang;
datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dari misai, dimain-mainkannya;

2. memperlakukan untuk bersenang-senang (mencari untung dan lain-lain):
jangan ~ anak gadis orang;
mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka;

3. memainkan (sandiwara, wayang, dan lain-lain):
Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya;

4. memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji:
maka banyaklah tingkah lakunya yang jenaka dipermainkan oleh orang kampung akan dia;
awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam;

mainan, main-mainan
1. benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain:
anaknya bermain dengan ~nya;

2. sesuatu yang kelihatan seperti bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja:
bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;

3. sesuatu yang digunakan untuk bermain-main sahaja atau yang dipermainkan:
politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajarlah dibantu dengan ilmu;

permain [sastera lama] teman bermain, orang yang menyukakan hati orang lain (dalam istana dan lain-lain):
kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba;
maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama;

permainan
1. sesuatu yang digunakan untuk bermain, sesuatu untuk bermain-main sahaja, mainan;

2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dan lain-lain):
~ yang paling digemari ialah bola sepak;
~nya kasar;

3. perbuatan yang dilakukan tidak dengan bersungguh-sungguh (untuk main-main sahaja);

4. pertunjukkan (wayang, sandiwara, dan lain-lain), pementasan (drama dan lain-lain):
dari bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dalam ~ pentas;

5. [bahasa percakapan] perempuan untuk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri):
sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja;

6. [Indonesia] sejenis barang perhiasan (seperti loket yang digantungkan pada kalung dan lain-lain);

7. sesuatu yang dipermainkan atau dipersendakan:
janganlah kamu jadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan ~; ~ puteri [Kelantan] cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dan lain-lain) dengan jalan bertutur dengan orang yang berada dalam keadaan tidak sedar;
hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup (peribahasa) telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah;

sepermainan sama-sama bermain:
kami ~ semasa kecil;

pemain
1. orang yang bermain (bola, piano, dan lain-lain), pelakon (drama dan lain-lain):
~ biola;

2. orang yang suka bermain judi:
wang permulaan diterima lebih banyak daripada yang biasa, yang ~ boleh bermain di tikar judi.

berkongsi