lusuh

1. renyuk, kumal (pakaian dan lain-lain):
baju itu sudah ~ di tangannya;

2. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dan lain-lain (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dan sebagainya):
mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yang sudah~;

melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dan lain-lain) hingga menjadi lusuh;

kelusuhan perihal (keadaan) lusuh:
pada hakikatnya ~ dirinya itu adalah akibat beberapa banyak penyakit yang menghinggapnya.

berkongsi