lawan (bahagian) dalam:
terdengar bunyi ketukan dari ~;
kulit ~;
orang ~;
~ bandar daerah yang jauh dari bandar, kampung, desa;
~ batas melampaui (melebihi) batas;
~ bicara tidak masuk dalam pembicaraan (perbincangan, perhitungan);
~ dalam
a) bahagian luar dan bahagian dalam;
b) lahir batin;
~ dugaan tidak disangka-sangka;
~ janji tidak masuk dalam janji;
~ kepala [Indonesia] dengan ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz;
~ kira luar bicara;
~ negeri = negeri ~ negeri asing;
~ nikah (perhubungan jenis) yang tidak halal;
(orang) ~ pagar (orang yang) tidak kena-mengena (tidak bersangkut paut);
~ pantai luar pesisir;
~ pesisir
a) terletak di laut tidak berapa jauh dari pantai (berkenaan (dengan) kedudukan sesuatu, misalnya pulau, pelantar minyak dan lain-lain);
b) (Ekonomi) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dan lain-lain (berkenaan (dengan) bank, pelaburan, syarikat dan lain-lain);
~ sangkaan tidak disangka(-sangka);
~ talian (Komputer) sifat peranti sokongan atau sistem yang tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama;
di luar
1. di bahagian luar, di sebelah luar:
keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap;
2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dan lain-lain), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain daripada:
budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yang ~ pengalaman mereka;
kejadian itu ~ pengetahuannya;
~ kepala [Indonesia] luar kepala;
~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka);
~ pembicaraan tidak masuk dalam pembicaraan;
ke luar ke sebelah luar;
meluar menyembul keluar, menonjol keluar;
meluarkan
1. tidak memasukkan ke dalam golongan (perhitungan dan lain-lain), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan;
2. menyuruh keluar;
luaran
1. = orang ~ orang asing, orang lain;
2. [sastera lama] orang yang tidak masuk dalam golongan istana, orang keluaran;
3. = negeri ~ negeri asing;
4. yang tampak sahaja, lahiriah:
pada ~nya sahaja kita dipaparkan dengan kenakalan Umar Umaiyah;
peluaran;
dunia ~ dunia luar;
= keluar.