1. (sesuatu) yang dipatahkan dengan tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit;
kajang ~ kajang yang dijadikan berkembar dua;
pisau ~ pisau yang matanya boleh dipatahkan ke dalam;
2. rangkap, ganda, kembar;
~ dua kembar (ganda, rangkap) dua;
~ kajang selekoh (sungai, jalan, dan lain-lain) yang terlalu tajam, siku keluang;
~ pandan nama sanggul yang disirat seperti daun pandan yang akan dianyam;
berlipat
1. berlapis rapi (kain baju dan lain-lain):
diambilnya baju yang ~ di dalam almari;
2. berlipat ganda;
berlipat-lipat
1. banyak lipatnya, berlapis-lapis;
2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak:
barang-barang itu dijualnya dengan mendapat laba yang ~ ganda;
melipat ark
1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap):
dilipatnya surat khabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja;
2. [kiasan] mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat:
samseng itu telah dilipat oleh polis;
3. [kiasan] melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dan lain-lain), tidak menurut perintah;
~ wang menggelapkan wang;
4. [kiasan] menjual sesuatu kerana kesempitan hidup;
5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dan lain-lain):
harga barang import membumbung ~ dua atau tiga;
melipatkan [arkaik] mematahkan supaya berkembar (berlapis dan lain-lain), menjadikan berlipat:
Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dengan kain;
lipatan
1. = pelipatan sesuatu yang berlipat (kain, kertas, dan lain-lain), hasil melipat:
surat itu aku keluarkan dari sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya;
~ seluar sait seluar;
2. [Indonesia] pembebat surat khabar;
3. tompokan (kad dan lain-lain);
kelipatan [Indonesia] bilangan yang merupakan hasil daripada mendarabkan sesuatu angka:
21 ialah ~ 7;
~ persekutuan terkecil [Indonesia] angka kandungan kecil;
perlipatan perihal berlipat, pergandaan;
kelipat kelebek, kelepek (pada baju), lipatan (pada kulit buku yang lembut);
pelipat
1. = pelipatan bahagian yang di belakang lutut;
pelipatan kulit alur pada kulit orang tua yang berlipat-lipat;
2. garisan (pada kain baju, kertas, dan lain-lain) kerana dilipat, lipatan.