berlindung
1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpada orang), bersembunyi:
Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dalam belukar itu;
2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain:
ramai penduduk negeri itu yang telah lari ~ diri ke negeri Normandy;
3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dengan diam-diam, tidak ketara:
manakala saya melihat Aminah berkata dengan tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya;
dia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja;
berlindungkan [sastera lama] menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan:
maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pada Sultan Mansor Shah;
melindungi
1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dan lain-lain):
pondok saya tidak nampak dari sini kerana dilindungi belukar;
2. memberi pertolongan (bantuan dan lain-lain), membela, memberi naungan:
mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat daripada malapetaka jenayah;
beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama-sama biri-biri untuk ~ biri-biri daripada serangan binatang buas;
3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dan lain-lain), menyelubungi:
mereka sangat bijak ~ hasrat yang hendak disampaikan;
lindung-melindungi saling melindungi;
melindungkan
1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, menyorokkan:
dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu;
maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa;
tiap-tiap orang yang menggunakan perkataan seperti ini semata-mata untuk ~ perasaan dan fikiran masing-masing;
2. menggunakan untuk melindungi:
jerami itu dilindungkan pada semaian;
memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kepada, menyelamatkan:
ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei daripada serangan musuh;
terlindung
1. tersorok, tersembunyi:
perbuatan yang tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya;
2. dapat diselamatkan (daripada bahaya dan lain-lain), terselamat;
lindungan
1. yang terlindung oleh, yang dilindungi:
manusia ~ Tuhan;
2. = perlindungan;
kelindungan
1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dan lain-lain);
2. [arkaik] kelampauan (melampaui, melanggar adat, dan lain-lain);
perlindungan
1. tempat yang melindungi, tempat berlindung:
pada hari hujan, atap itu menjadi ~;
2. perihal (tindakan dan sebagainya) melindungi (mis dengan bantuan, pertolongan, dan lain-lain):
pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom;
industri kecil seperti ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;
pelindungan [arkaik] bilik air, jamban, tandas:
maka pada sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dalam ~;
pelindung
1. sesuatu (atap, dinding, dan lain-lain) yang melindungi:
atap yang tugasnya sebagai ~ dari hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya;
2. orang yang memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dan lain-lain):
laki-laki yang sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.