1. bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat perasa, untuk bercakap, menjilat, dan lain-lain):
budak itu menjelir-jelirkan ~nya;
2. [kiasan] perkataan, tutur kata:
lembut dan fasih ~nya;
3. [kiasan] sesuatu yang menyerupai lidah:
~ kain;
~ serunai (seruling);
4. [kiasan] bahagian yang menganjur dari sesuatu benda;
~ tanah tanjung pada selekoh sungai;
~ air bahagian tepi air;
~ api hujung nyala api (yang menjilat-jilat);
~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya;
~ dacing jarum penunjuk berat pada dacing;
~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul, telor;
~ lembut boleh menyebut perkataan dengan betul;
~ manis baik tutur katanya;
~ ombak hujung ombak, ombak yang di depan sekali;
~ panjang orang yang suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut;
~ papan bahagian yang menghubungkan papan;
~ pendeta kata-kata hikmat daripada orang yang bijaksana;
~ pengarang rencana pengarang;
~ rasmi jurubicara (akhbar dan lain-lain) yang mengeluarkan berita dan lain-lain rasmi sesuatu parti dan lain-lain);
~ serunai bahagian serunai yang mengeluarkan bunyi;
~ bercabang bagai biawak (peribahasa) selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya;
~ tidak bertulang (peribahasa)
a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya;
b) orang yang mengeluarkan celaan dengan tidak tersangkut-sangkut;
apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja (peribahasa) banyak janji tetapi tidak ditepati;
berkata peliharakan ~ (peribahasa) hendaklah beringat-ingat mengeluarkan kata-kata;
berniaga di hujung ~ (peribahasa) orang pandai yang tidak jujur (suka menipu dan lain-lain);
jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ (peribahasa) orang yang menyampaikan pesan orang lain dalam sesuatu mesyuarat atau peralatan;
kebenaran di hujung ~ (peribahasa) tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yang berkuasa sahaja);
membuat tergigit ~ (peribahasa) memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat;
menyepitkan ~ ke lantai (peribahasa) menahan nafsu dan kehendak;
patah ~ alamat kalah patah keris alamat mati (peribahasa) jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah;
tercabut ~ mati (peribahasa) tidak berguna mempercakapkan orang yang jahat, sebab ia tetap jahat juga;
lidah-lidah sesuatu yang menyerupai lidah;
berlidah mempunyai lidah:
orang yang ~ biawak tidak harus dikasihani;
~ dua orang yang selalu berubah-ubah perkataan atau pendiriannya;
~ di lidah orang (peribahasa) hanya menurut apa yang dikatakan orang.