lepas

1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas:
apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah daripada kita;
ia tidak ~ daripada memikirkan kekasihnya;

2. lari atau bebas (daripada kurungan, penjara, tahanan, dan sebagainya), lucut (daripada ikatan dan lain-lain):
ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

3. [kiasan] bebas (daripada sesuatu yang menyulitkan, menyekat atau membatasi dan sebagainya):
mereka tidak ~ daripada menghadapi pancaroba kehidupan;

4. tertinggal di belakang (tempat dan lain-lain), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dan lain-lain):
setelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia;
semenjak minggu yang ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kepada diri gadis itu;

5. (se)sudah, setelah selesai atau habis:
~ sembahyang zohor, boleh kita berjalan-jalan;
ada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat;

6. [bahasa percakapan] lahir (bayi):
hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak;

7. [Perak], [bahasa percakapan] ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dan lain-lain):
belanja anak-beranak untuk bulan ini ~lah;
~ angin
sia-sia sahaja;
~ ayam (burung, unggas)
a) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati;
b) telah dimerdekakan (hamba abdi dan lain-lain);
~ bebas bebas benar-benar;
~ diri
a) tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal;
b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal;
~ idah sesudah waktu idah;
~ ijazah selepas memperoleh ijazah sarjana muda (berkenaan (dengan) pengajian, penyelidikan dan sebagainya):
kursus ~ ijazah;
~ laku
bebas melakukan sesuatu dengan tidak segan-segan lagi;
~ lelas bebas sama sekali;
~ malu sudah dikhatankan (anak lelaki);
~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan;
~ pantang masa sesudah waktu pantang;
~ puasa setelah selesai berpuasa;
~ sekolah sesudah bersekolah;
~ tangan
a) tidak berpegang (pada kemudi, selusur, dan lain-lain);
b) tidak masuk campur dalam sesuatu hal;
c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata;
~ ungu pancaran cahaya yang tidak nampak dalam spektrum (selepas pancaran cahaya ungu);

selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai:
tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;

selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dan lain-lain), sejauh-jauh, sekuat-kuat:
~ seluang melaut;
~ tupai melompat;

berlepas
1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut-paut lagi;

2. pergi, berangkat:
aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun;

3. [sastera lama] menyelamatkan, membebaskan:
maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dengan orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan;

4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri:
kalau awak terkena satu-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup;
~ hati
berpuas hati;
~ lelah berhenti seketika untuk menghilangkan lelah;
~ tangan
a) tidak berpegang pada selusur dan lain-lain;
b) tidak ambil peduli;

melepas
1. [bahasa percakapan] hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat):
kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja;

2. [Pulau Pinang] berbohong, tidak bercakap betul, berdalih;

3. [bahasa percakapan] mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut;

4. [bahasa percakapan] buang air besar;

melepasi
1. menebus atau membayar (niat, hutang, dan lain-lain);
~ hutang membayar (melunaskan) hutang;
~ malu [Minangkabau] menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan);

2. mencukupi, memadai, berpadan dengan:
sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dengan kehasilan yang diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja;

melepaskan
1. membiarkan lepas, membebaskan (daripada kurungan, penjara, dan lain-lain), menjadikan tidak terikat lagi:
ia ~ budak itu daripada pegangannya;

2. menghilangkan (letih, jerih, dan lain-lain):
ia berbaring-baring ~ jerihnya;
mereka terus masuk ke kedai makan yang berhampiran untuk ~ dahaga;

3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dan lain-lain);
mengeluarkan, membiarkan keluar (perasaan dan lain-lain):
racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; dia ~ senyuman kepada Noor Hamidah;
serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya;
Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya;

4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dan sebagainya), merelakan:
dia ~ anaknya pergi dengan hati yang rela;

5. menceraikan (isteri):
kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya;

6. memberikan (sesuatu yang dipegang atau disandang kepada seseorang lain), menyerahkan (dengan kehendak sendiri):
Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal-Ehwal Luar kepada seorang menteri lain;

7. menguraikan (rambut dan sebagainya), tidak mengikat dan sebagainya:
saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal;

8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dan lain-lain):
dia sendiri pergi ke stesen untuk ~ anaknya berangkat;
~ mayat ke kubur;

9. membuang, memecat, memberhentikan:
dalam zaman meleset, banyak pekerja yang dilepaskan;
~ angan-angan
mengerjakan segala sesuatu yang diingini;
~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kepada mencurahkan cinta kasihnya kepada;
~ dendam
a) membalas dendam;
b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pada seseorang;
~ diri melarikan diri, membebaskan diri;
~ hati memuaskan hati;
~ jiwa (nyawa)
a) menyelamatkan daripada bahaya maut;
b) = ~ nafas yang akhir mati;
~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dan lain-lain) melancarkan kritikan, (kecaman dan lain-lain);
~ layang-layang menaikkan layang-layang;
~ malu mengkhatankan;
~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya);
~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul);
~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dan lain-lain) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dan lain-lain);
~ panah membiarkan anak panah lepas daripada busurnya;
~ pandangan memandang;
~ tembakan (meriam), menembak, memasang;
~ tinju (pukulan, tikaman, dan lain-lain) meninju (memukul, menikam, dan lain-lain);
~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing;

memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi;

memperlepaskan [sastera lama] menjadikan lepas, menyelamatkan:
perlepaskan harta Yang Dipertuan dalam istana itu;
bawa juga kita dengan anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara;

terlepas
1. telah lepas atau dilepaskan:
Mawi berfikir tentang perkataannya yang ~ itu;
tangannya yang berpaut pada baju Badri itu ~ ke bawah;

2. tidak ditimpa (dilanda dan sebagainya) sesuatu, bebas (daripada sesuatu yang tidak baik):
beliau ~ daripada kelemahan dalam menghujahkan aspek-aspek estetika dalam karya sastera;
~ daripada tetek bengek kebencian;

3. [bahasa percakapan] [kiasan] terlewat, melebihi (umur dan lain-lain);
~ cakap mengatakan sesuatu dengan tidak sengaja;
~ perhatian tidak memberi perhatian kepada sesuatu hal dan sebagainya dengan tidak sengaja;

lepasan orang yang tamat daripada sekolah (maktab, universiti, dan lain-lain), yang telah dilepaskan, tamatan:
~ Universiti Malaya;
~ askar
bekas askar;

kelepasan
1. perihal lepas (bebas), kebebasan;

2. waktu rehat (sekolah dan lain-lain), cuti, libur:
kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan;
pada hari ~ begini, saya selalu pergi memancing;

3. kehilangan:
anjing ~ daging;

perlepasan perihal berlepas;

pelepasan
1. perihal melepaskan:
maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dengan yang dipadan itu dua tiga juga, Raja Chulan tiada menang;

2. pembuangan, pemecatan;

3. [Minangkabau] dubur:
lubang ~;

4. perihal dikecualikan daripada sesuatu (seperti membayar cukai dan sebagainya):
~ cukai pendapatan;

5. jalan keluar untuk lari atau bebas daripada sesuatu:
tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ daripada realiti yang menekan keinginan dan kehidupannya;

pelepas
1. orang yang melepaskan pelumba-pelumba dalam perlumbaan (berlari, berenang, dan sebagainya);

2. benda yang digunakan untuk melepaskan sesuatu:
hal-hal yang beginilah yang harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dengan tugasnya sebagai ~ ketegangan perasaan;

3. = ~ wang orang yang membungakan wang (dengan memberi pinjaman, menyimpan di bank, dan sebagainya);

4. (wang, makanan, dan lain-lain) yang diberikan kepada orang-orang yang hendak berjalan atau belayar.

berkongsi