lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok:
~ pintu gerbang itu diperbuat daripada buluh;
melengkung, terlengkung berkelok seperti bahagian daripada sesuatu bulatan, membengkok:
misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas;
melengkungi melingkungi, mengelilingi:
balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri;
melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dan lain-lain), membengkokkan:
siapa pula yang sanggup ~ batang besi yang sebesar itu;
lengkungan
1. tempat (pada garisan, besi, dawai, dan lain-lain) yang melengkung:
~ pelangi yang saya lihat itu pendek sahaja;
~ yang terdapat pada dawai itu tidak mudah diluruskan;
2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dan lain-lain) yang bentuknya melengkung;
kelengkungan keadaan melengkung;
pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan:
proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi.