lengah

1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka:
rancangan itu akan dijalankan dengan tidak ~-~ lagi;

2. tidak segera, lambat, malas:
lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut;

berlengah-lengah, berlengah
1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas:
dengan tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi;

2. berbuat sesuatu untuk melalaikan diri, berleka-leka:
ia ~ bermain catur;

melengah
1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka:
pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu;

2. = ~ waktu mengisi masa yang lapang dengan mengerjakan sesuatu:
di bawah meja itu ada banyak majalah untuk ~ waktu;

3. melakukan sesuatu untuk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dan sebagainya):
~ anak;
~ hati;

melengah-lengah
1. berbuat sesuatu untuk mempersenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dan sebagainya);

2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dan lain-lain) untuk mengisi waktu;

melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan:
dalam pada itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya;
sengaja membuat helah untuk ~ masa;

terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu), terlena;

lengahan perihal lengah:
tindakan yang menggunakan strategi ~.

kelengahan
1. perihal lengah (lalai, cuai, dan lain-lain), kelalaian:
~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur;

2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur);

pelengah
1. orang yang selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai);

2. sesuatu yang boleh melengahkan (bermain, membaca, dan lain-lain).

berkongsi