lelong

penjualan di hadapan khalayak ramai (dengan harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya):
kelulusan permohonan tanah yang di dalam bandar dibuat secara ~;
tangkap ~
membeli barang yang dilelong;
tukang ~ orang yang melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong;

melelong
1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dengan harga beratas-atasan):
apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong;

2. [sastera lama] membeli atau memborong barang-barang lelong;

melelongkan, memperlelongkan
1. menjual barang dengan dilelong:
pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dalam tempoh yang tertentu;

2. memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dan lain-lain);

terlelong telah dilelong, kena lelong:
sekiranya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama;

lelongan barang dan sebagainya yang dilelong;

pelelongan perihal melelong, penjualan lelong:
baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami;

pelelong orang (syarikat dan sebagainya) yang melelong atau melelongkan sesuatu.

berkongsi