1. menjadi cair (logam dan lain-lain), hancur, luluh:
tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yang terlalu tinggi;
titik ~ = takat ~ paras suhu yang menyebabkan logam dan lain-lain menjadi lebur;
2. [kiasan] rosak langsung, jahanam, musnah:
begitulah ~ kekuatan orang yang bongkak itu;
~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita;
sama ~ sama binasa (peribahasa) (orang yang) seia sekata;
melebur menjadi lebur (logam dan lain-lain):
bijih yang sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yang berbentuk bata;
meleburkan
1. menjadikan hancur (lebur dan lain-lain), menghancurkan:
panas daripada pembakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor;
2. memusnahkan, merosakkan:
dengan keris dan lembing pada tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita;
3. memansuhkan sesuatu dan menggantikan (menggabungkan) dengan yang lain:
salah satu yang mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis;
~ diri (kepada, ke dalam) menyertakan diri, menggabungkan diri:
~ diri ke dalam parti politik;
~ diri ke dalam kegiatan persatuan;
terlebur yang telah menjadi lebur, yang telah melebur;
leburan sesuatu (logam dan lain-lain) yang telah dileburkan:
~ timah;
peleburan
1. perbuatan (kerja, proses, dan sebagainya) meleburkan sesuatu (logam dan lain-lain);
2. tempat meleburkan sesuatu (logam dan lain-lain);
pelebur
1. alat untuk meleburkan sesuatu (seperti relau dan lain-lain);
2. orang yang membuat atau menjalankan kerja peleburan (logam dan sebagainya).