laras I

1. nada (muzik, nyanyian, dan lain-lain), tala;
~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sebagai bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dan lain-lain), ragam bahasa;

2. = keselarasan, kelarasan;

selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai:
tawanan perang mestilah dijaga ~ dengan kandungan Perjanjian Geneva;

menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan:
pada masa ini, beberapa percubaan dilakukan untuk ~ demokrasi dan sosialisme;

keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dan lain-lain), kepadanan, kesamaan, kesesuaian:
~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud;
kelarasan antara kata dan hal yang diceritakan terdapat pada syair itu;

ketidakselarasan keadaan tidak selaras;

penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian:
~ kerja;

penyelaras orang yang kerjanya (ditugaskan untuk) menyelaraskan sesuatu (seperti rancangan, projek, dan sebagainya), koordinator;

melaraskan
1. menyamakan (nada, tala, dan lain-lain);

2. menyesuaikan, memadankan:
salah satu daripada tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dalam darah;

terlaras sudah dilaraskan:
sistem pengiraan cukai yang ~;

pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian;
~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda;

pelaras
1. alat untuk melaraskan (memadankan, menyesuaikan):
skru ~;
suis ~;

2. (Ekonomi) orang yang menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima.

berkongsi