1 . berjalan, melintas:
semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu;
seorang laki-laki ~ di hadapan mereka;
sekali ~
a) sekali gus;
b) sambil-sambil;
2. boleh masuk, telus, lulus;
3. yang sudah lepas (berlaku, lewat, dan lain-lain), selesai, telah dibuat:
tiadalah kanda perbuat lagi seperti yang telah ~ itu;
baru tiga malam yang ~, seorang tauke telah disamun orang;
4. berdaya, sanggup, larat:
santap pun tiada ~ ia pada malam itu melainkan keluh-kesah sahaja;
aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi;
5. langsung, lanjut;
6. terus, hingga ke, langsung ke:
setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai;
mereka berperahu ~ ke Melaka;
7. kemudian daripada itu, sesudah itu, segera:
setelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan;
8. lewat, sudah lampau:
kulihat orangnya telah ~ separuh umur;
9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dan lain-lain);
~ akal boleh diterima akal, munasabah;
~ penjahit ~ kelindan (peribahasa) kalau usaha yang pertama telah berhasil maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga;
berlalu
1. lepas (waktu dan lain-lain), lampau, lewat:
semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~;
sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis;
2. berjalan, berlepas:
sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu;
3. [kiasan] pergi, meninggal (mati);
melalui
1. mengikuti (jalan dan lain-lain), melintasi, lalu di, menempuhi:
beberapa orang gadis yang sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak;
2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dan lain-lain), mengingkari:
tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan;
apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali;
3. dengan perantaraan, menerusi:
rancangan Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan ~ radio;
Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya;
4. melampaui, melangkaui, melangkahi:
apa-apa yang kamu tidak faham tanyalah kepada guru, jangan dilalui sahaja;
ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan;
5. dengan perjalanan (masa):
sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa;
melalukan
1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dan lain-lain), memasukkan, meluluskan:
dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma;
2. menjalankan (cita-cita, apa yang hendak dibuat, dan lain-lain), mengerjakan:
ia selalu hendak ~ kehendaknya;
3. membawa atau membuat terus, meneruskan;
terlalu
1. teramat sangat, terlampau:
orang menyabung ~ ramai;
seekor rusa jantan sedang tidur dengan ~ nyedarnya;
2. melampaui batas, berlebih-lebihan:
pemujaannya yang ~ terhadap pemerintahan Inggeris;
3. (perbuatan dan lain-lain) yang tidak disengajakan, terlangsung:
perbuatan engkau yang sudah ~ itu diampunkan, yang kemudian jangan dibuat lagi;
keterlaluan
1. hal yang berlebih-lebihan, keadaan yang melampau, hal atau perbuatan yang melampaui batas (tatatertib dan lain-lain):
rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu;
2. teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas:
tindakan ~;
laluan
1. jalan yang dilalui, jalan yang menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balik orang atau pengangkutan:
penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan;
2. pergerakan (peralihan dan sebagainya) maju ke tahap lain:
kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya;
kelaluan
1. (yang) telah lepas, telah lalu;
2. [Minangkabau] cita-cita, hajat, tujuan;
berkelaluan [Minangkabau] berpanjangan, sentiasa.