mengutip
1. memungut benda kecil-kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji):
~ buah yang telah gugur;
setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah;
2. memetik (berita dan lain-lain), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (daripada sesuatu karangan, ucapan, dan lain-lain):
Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah;
3. mengumpulkan sesuatu dengan mengambil daripada berbagai-bagai sumber:
~ maklumat yang lengkap;
~ derma;
kutipan
1. pungutan (derma dan lain-lain):
wang ~;
2. petikan (karangan, cerita, dan lain-lain):
~ beberapa fasal daripada undang-undang hukum pidana;
pengutipan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengutip;
pengutip orang yang mengutip, pemungut:
~ derma.