1. sejenis pagar daripada kayu dan tanah untuk menahan serbuan (serangan dan lain-lain):
murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam;
2. tempat pertahanan (yang diperkukuh dengan pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dan lain-lain), tempat pertahanan sementara (berupa benteng dan lain-lain):
Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus;
3. tempat yang berpagar kuat untuk menangkap gajah;
berkubu
1. bertahan dalam kubu:
tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy;
2. ada kubunya, diperkukuh dengan kubu:
barisan pertahanan yang ~;
~ gajah menangkap gajah dengan menghalaunya masuk ke dalam kubu;
berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sebagai kubu:
jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya;
mengubui membuat kubu pada, memperkukuh (sesuatu) dengan kubu;
terkubu terperangkap di dalam kubu (berkenaan (dengan) gajah):
barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~;
perkubuan benteng-benteng untuk pertahanan:
pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka.