1. daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga:
serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yang istimewa;
2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu);
Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan);
3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu):
Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat;
tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah;
4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus, memerintah, dan lain-lain) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dan lain-lain):
polis mempunyai ~ menahan seseorang yang disyaki;
ia diberi ~ untuk menyelesaikan pertikaian itu;
~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan;
mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dan lain-lain) dengan rasmi;
5. orang yang diberi hak untuk melakukan atau menentukan sesuatu:
datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kepada ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya;
~ pusat badan yang mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yang ada pada seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yang terasa hingga ke Siam; 7. negara yang mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yang berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yang menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yang sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216;
~ air tenaga yang diperoleh dari air terjun atau air mengalir (untuk menjalankan jentera);
~ atom kekuatan (tenaga) yang diperoleh daripada pecahan nukleus;
~ autonomi kuasa mentadbir dan lain-lain yang ada pada negeri (badan-badan, pertubuhan, dan lain-lain);
~ bateri tenaga elektrik yang diperoleh dari bateri;
~ beli kemampuan membeli (barang-barang dan lain-lain);
~ besar negara yang berkuasa (dari segi ekonomi, ketenteraan, dan lain-lain) seperti Amerika Syarikat;
~ elektrik tenaga (daya) elektrik;
~ ghaib kuasa atau kekuatan yang datang dari sesuatu yang tidak dapat dilihat (seperti kesaktian dan lain-lain);
~ kehakiman (Undang-undang) kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit;
~ kuda
a) tenaga atau kekuatan kuda;
b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan untuk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dalam satu saat);
~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya;
~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yang telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang;
~ suria sinaran haba daripada matahari yang ditukarkan kepada kuasa elektrik;
~ usaha
a) pegawai yang menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dan lain-lain);
b) diplomat (yang tidak bertaraf duta) yang mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing;
sekuasa seboleh, sedapat:
maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya;
sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya, sedaya upaya:
dengan ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya;
berkuasa
1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus dan sebagainya) sesuatu:
sebagai ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara seperti itu;
mereka diperintahkan oleh pihak yang ~ supaya keluar dari situ;
2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan;
menguasai
1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dan sebagainya) pada atau ke atas (sesuatu):
mereka dapat ~ seluruh kota itu;
negara yang cuba ~ negara lain dengan kekuatan tenteranya;
2. mengatasi dan mengawal (keadaan dan lain-lain), mengekang (nafsu);
~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu;
3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan):
sebahagian besar daripada ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing;
4. mengetahui dengan mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu:
setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih daripada satu bahasa;
menguasakan memberi kuasa kepada, mewakilkan:
anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya;
terkuasa, terkuasai tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dan lain-lain);
kekuasaan
1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dan lain-lain):
negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat;
2. kekuatan, kemampuan:
raja itu masyhur kerana ~nya;
~ Tuhan;
penguasaan perihal menguasai atau menguasakan:
~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah;
berpenguasaan [sastera lama] [arkaik] mempunyai penguasaan;
penguasa
1. orang atau badan yang berkuasa atas sesuatu atau untuk menentukan (mengurus) sesuatu;
2. kekuasaan:
tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini;
~ perang orang yang berkuasa dalam masa perang (darurat);
~ polis jawatan pegawai dalam pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi daripada jawatan inspektor.