kotak

1. sejenis bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat daripada kadbod, papan, atau logam;

2. bahagian (dalam rumah, sawah, dan lain-lain) yang bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi;
sampan ~ sampan yang bersekat-sekat (berpetak-petak);
~ fius kotak yang mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pada dinding rumah, bangunan dan sebagainya;
~ hitam alat elektronik yang dipasang pada kapal terbang untuk mengumpul dan menyimpan maklumat yang berkaitan dengan penerbangan kapal terbang berkenaan;
~ pos (surat) peti surat;
~ segar bekas di dalam peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar;

berkotak-kotak
1. berpetak-petak, bersekat-sekat:
sawah yang berkotak-kotak;

2. bercorak seperti kotak (bergaris empat persegi):
memakai kain pelikat ~ putih dengan jalur-jalur merah;

mengotakkan membahagikan sesuatu pada beberapa bahagian yang berasingan, memisahkan, mengasingkan.

berkongsi