kopi I

1. sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya yang digoreng dan dijadikan serbuk untuk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.;
~ bubuk
[Indonesia] = serbuk ~ kopi yang berupa serbuk (sudah dihaluskan);

2. = air ~ minuman daripada bancuhan kopi halus, gula dan air;
~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih);
~ espreso kopi pekat ala Itali yang disediakan dengan cara melalukan air mendidih atau wap pada biji kopi yang telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu;
~ keras (pahit) air kopi yang pekat dan tidak bergula;
~ kosong = ~ O air kopi yang tidak bersusu;
~ O beng air kopi tidak bersusu yang dibubuhi ketul air batu;
~ segera kopi yang telah diproses dan tersedia untuk dijadikan minuman dengan cepat;
~ susu air kopi bersusu;
~ tubruk [Indonesia] bancuhan serbuk kopi dengan air panas sahaja;
duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yang diberi);
dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (daripada orang atasannya);

mengopi [bahasa percakapan] minum kopi.

berkongsi