konfrontasi

1. persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dan lain-lain) yang bertentangan (berselisihan, bermusuhan);

2. pertentangan (permusuhan) secara langsung yang menyebabkan orang atau pihak yang terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dan sebagainya):
kerana masing-masing hendak melamar gadis yang sama, timbullah ~ antara kedua-dua pemuda itu;
dengan jatuhnya Presiden
Soekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia;

berkonfrontasi
1. saling berhadapan antara dua orang dan lain-lain yang bertentangan, bersemuka;

2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yang boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dan sebagainya):
masing-masing ~ terhadap yang lain.

berkongsi