kognat

(Linguistik)

1. kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuknya dalam bahasa lain, misalnya makan dalam bahasa Melayu dan mangan dalam bahasa Jawa:
penulis cuba merekonstruksi fonologi Bahasa Melayu induk dengan membandingkan ~ yang wujud dalam dialek Melayu;

2. bertalian kerana mempunyai asal usul atau sumber yang sama dengan yang lain (berkenaan (dengan) sesuatu kata atau bahasa):
bahasa ~ bermakna bahasa yang diturunkan daripada sumber yang sama;
kata ~ ialah kata yang sama sumbernya.

berkongsi