1. = tulisan ~ tulisan dengan tanda dan lain-lain yang mempunyai erti yang tertentu atau yang tersembunyi (rahsia):
arahan kepada pegawai tentera itu dikirim dalam tulisan ~;
2. sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputer:
~ Morse;
3. serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dan sebagainya misalnya kod alamat surat-menyurat;
~ Morse kod yang terdiri daripada titik dan sempang yang digunakan dalam pengiriman berita dan lain-lain menerusi telegraf;
~ warna sistem kod yang menggunakan pelbagai warna sebagai cara untuk mengenal pasti komponen, objek dan sebagainya yang berlainan;
berkod mempunyai (dalam bentuk) kod:
mereka menerima arahan ~;
mengekodkan
1. menulis dalam bentuk kod;
2. mengadakan kod;
3. mengkodifikasikan;
pengekodan perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan:
~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pada zaman kerajaan Helenistik;
pengekod orang yang mengekodkan sesuatu.