mengirai
1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dengan keras (supaya hilang debu dan lain-lain), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dan lain-lain):
~ kain sebelum menjemurnya;
2. menampi (beras dan lain-lain) dengan menggerak-gerakkan bekas (seperti nyiru dan lain-lain);
3. menyebarkan (membentangkan, menyerak-kan) padi dan lain-lain (untuk dijemur);
4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dan lain-lain):
tangannya ~ fail mencari sesuatu;
terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa;
terkirai-kirai
1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (berkenaan (dengan) pakaian yang dijemur dan lain-lain);
2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang).