1. alat yang dikibas-kibaskan untuk menggerakkan atau mengadakan angin (untuk menyamankan badan):
sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yang berpeluh;
2 = ~ angin alat yang mempunyai bilah-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman);
3. alat yang mempunyai bilah-bilah yang berpusing untuk menjalankan enjin kapal terbang dan lain-lain, baling-baling, propeler;
~ air alat untuk menyapu air pada kaca kereta (biasanya pada waktu hujan turun);
~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yang dipusingkan dengan kuasa elektrik untuk menyejukkan atau menyamankan keadaan dalam bilik dan lain-lain;
~ berdiri kipas angin yang dicagakkan pada tiang yang mempunyai tapak;
~ dinding kipas angin yang dipasang pada dinding;
~ gantung kipas siling;
~ kotak kipas angin yang berbentuk kotak;
~ meja kipas berdiri yang rendah, biasanya diletakkan di atas meja;
~ siling kipas angin yang dipasang tergantung di siling (rumah dan lain-lain);
berkipas
1. mempunyai kipas, menggunakan kipas;
2. (sedang) menyejukkan (mengangini) diri dengan kipas;
3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dan lain-lain;
mengipas
1. [Indonesia] bergerak-gerak kencang (berkenaan (dengan) jantung);
2. = mengipasi menyejukkan (badan dan lain-lain) dengan mengibas-ngibaskan kipas dan lain-lain:
Najelah ~ dadanya kerana kepanasan;
mengipas-ngipas mengipasi:
dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya;
mengipaskan
1. mengibaskan (kipas, sayap, dan lain-lain);
2. menepis (menangkis) dengan tangan dan lain-lain:
pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya;
pengipas orang yang mengipas.