1. cahaya yang memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi):
~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun;
secepat (seperti) ~ sangat pantas;
2. cahaya sesuatu yang berkilau (gilap):
~ pisau;
~ sepatu;
3. sangat cepat atau pantas:
keputusan ~ keputusan yang dibuat dengan seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang);
kereta api ~ kereta api yang berjalan sangat deras;
kursus ~ kursus yang tamat dalam masa yang singkat;
~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka (peribahasa) orang yang bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang;
~ di dalam kilau, kabus di dalam hujan (peribahasa) dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya;
bagai ~ senja, bagai petir tunggal (peribahasa) perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan;
hilang ~ dalam kilau (peribahasa) tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dan lain-lain) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yang pandai (mulia dan lain-lain);
sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika:
matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula;
berkilat
1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yang menyerupai kilat;
2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap:
beliau berpakaian Melayu warna hitam ~;
ia menerkam dengan pisau yang berkilat-kilat di tangannya;
belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh (peribahasa) perkara (hal) yang sudah cukup jelas (terang);
berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan:
mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yang ~;
berkilatan berkilat-kilat:
~lah lampu pemotret beberapa kali;
mengilat
1. memancar (bercahaya) seperti kilat, berkilat:
kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya;
kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yang berbayonet tajam ~;
2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja:
larinya ~;
mengilatkan
1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya seperti kilat;
2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan:
kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan;
3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dan lain-lain), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan:
maka oleh bendahara sebagai dikilat-kilatkan pada raja, akan laksamana juga disebutnya;
terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dalam ingatan dan lain-lain):
ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yang ~ tadi;
dalam kenangannya, ~ gambaran yang mengharukan;
~ dalam hati terlintas dalam hati;
~ pada mukanya kelihatan terbayang pada mukanya;
ikan ~ jala tiba (peribahasa) sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang);
~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya (peribahasa) sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang;
kilatan kilat:
~ batu berlian boleh menentukan nilainya;
pengilat bahan untuk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat):
~ bibir.