[Arab] agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang:
ia ~ kerana suaminya yang dikasihinya belum pulang-pulang;
aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun;
mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang):
tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yang lain;
mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yang mengekori mereka;
mengkhuatirkan menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakuntukan:
orang itu pernah membuat ugutan yang ~nya;
tempat ini dikawal, tiada apa yang ~;
kekhuatiran perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan:
timbul ~ dalam hatinya kalau-kalau anaknya pula yang tertipu.