khidmat

1. hormat, (dengan) takzim, (dengan) sopan santun:
sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda;

2. perbuatan (pekerjaan) yang menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpada negara dan lain-lain), bakti:
ia berjanji akan terus berbuat ~ kepada bangsa dan negara;

3. kerja dan lain-lain untuk memenuhi keperluan orang ramai dan lain-lain, perkhidmatan;
~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dan sebagainya);

berkhidmat
1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kepada):
barulah sekarang aku dapat ~ kepada tanah air;

2. bertugas, bekerja:
beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini;

mengkhidmati berkhidmat kepada (untuk):
rencana itu diharapnya akan disiarkan dalam ruangan surat khabar yang dikhidmatinya;

perkhidmatan
1. perihal berkhidmat (bertugas):
Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat;

2. kerja (usaha, kemudahan, dan lain-lain) untuk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dan lain-lain:
selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kepada para pelanggan;
~ awam
segala kegiatan (usaha) pemerintah yang ada kaitannya dengan orang ramai;
~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dengan bas (kereta api);
~ kerajaan perkhidmatan (seperti kerja-kerja pentadbiran dan lain-lain) oleh pemerintah;
~ perubatan perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan rakyat (bekalan perubatan dan sebagainya);
~ sosial perkhidmatan (seperti perkhidmatan perubatan, pelajaran, dan lain-lain) untuk kebajikan rakyat;

pekhidmat orang yang berkhidmat dengan sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan:
~ awam.

berkongsi