khas

[Arab] yang diperuntukkan atau ditentukan (untuk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dan lain-lain), khusus, istimewa (untuk seseorang atau sesuatu):
rumah-rumah itu dibina ~ untuk pegawai-pegawai kerajaan;
jawatankuasa ~
jawatankuasa yang bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dan lain-lain) sesuatu perkara tertentu;
mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yang menjalankan sesuatu tugas tertentu;
pembantu ~ pembantu kepada seseorang (pegawai) yang tertentu;

mengekhaskan mengkhususkan, mengistimewakan, menguntukkan (bagi orang, kegunaan, dan lain-lain yang tertentu):
kawasan yang dikhaskan untuk memelihara binatang ternakan;
asrama yang dikhaskan untuk penuntut-penuntut perempuan;

terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kepada):
perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kepada penuntut-penuntut sahaja;

kekhasan kekhususan, keistimewaan, keunggulan:
reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yang kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita.

berkongsi