perjamuan makan (yang lazimnya didahului oleh zikir, doa, dan sebagainya) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yang telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dan lain-lain), selamatan:
malam itu diadakan ~ di surau tersebut;~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dalam bulan Rejab);
~ arwah kenduri untuk memperingati (mendoakan) orang yang telah meninggal;
~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri;
~ kunut kenduri yang diadakan dalam bulan puasa;
~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi;
~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yang diadakan pada hari yang ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang;
~ moreh kenduri yang diadakan dalam bulan puasa (pada waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih);
~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dan lain-lain);
berkenduri mengadakan kenduri:
kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka;
~ arwah mengadakan kenduri arwah;
~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri;
mengendurikan
1. mengadakan kenduri untuk (memperingati orang mati dan lain-lain):
orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya;
2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu untuk kenduri:
daging kambing itu pun dikendurikan;
kanduri