1. tidak tegang (berkenaan (dengan) tali, rantai, dan sebagainya yang direntang), tidak regang (berkenaan (dengan) kulit pada gendang, tambur dan sebagainya), lentur:
dawai ampaian itu terlalu ~;
bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~;
2. tidak tegang (berkenaan (dengan) kulit atau daging pada muka dan sebagainya), lentur, (agak) berkedut:
mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan daripada usianya;
3. tidak kedap, tidak terik (tegang):
jahitan jangan terlampau tegang atau ~;
4. tidak teguh atau erat (ikatan dan lain-lain), tidak terik, longgar:
ikat hamba ~-~;
5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, berkenaan sesuatu keadaan, krisis, dan sebagainya):
keadaan darurat sekarang sudah ~;
ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan;
6. tidak ketat atau keras (berkenaan (dengan) peraturan, pemerintahan, pengawasan, dan sebagainya), longgar;
7. tidak keras atau kencang lagi (berkenaan (dengan) tiupan angin, serangan, dan lain-lain), menjadi reda, kurang hebat;
8. tidak keras (kuat atau lantang):
suaranya ~;
9. lembap, meleset:
perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit;
berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang);
mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dan lain-lain):
debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih;
dawai kabel yang terentang itu ~ sedikit;
keadaan tegang yang boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~;
mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dan lain-lain):
tujuan senaman ini ialah untuk ~ urat-urat yang telah menjadi tegang;
~ hutang mengurangkan hutang;
~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang;
~ keadaan yang tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan;
~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir;
~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya;
~ syarat-syarat yang dikenakan melonggarkan syarat-syarat;
terkendur menjadi atau berada dalam keadaan kendur (tidak tegang dan lain-lain):
dawai itu dipasang ~ sedikit;
kekenduran perihal kendur;
pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan.