kendera

berkendera menaiki sesuatu jenis kenaikan (seperti motokar dan lain-lain), menunggang kuda (gajah dan lain-lain);

mengenderai menaiki kereta dan lain-lain, menunggang kuda dan lain-lain:
dengan ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan;

kenderaan kenaikan (seperti motokar, bas, kereta api, basikal, dan lain-lain), tunggangan (seperti kuda, gajah dan lain-lain):
jalan raya masih sibuk dengan ~ dan tentera Jepun yang maju ke Selatan;pajak ~ [Indonesia] pajak (cukai) yang dikenakan ke atas kenderaan;
~ awam = ~ umum kenderaan untuk orang ramai (yang disewakan kepada orang banyak);
~ berat kenderaan bermotor yang beratnya bersama muatan melebihi lima tan, seperti bas dan lori;
~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yang keempat-empat rodanya mempunyai kuasa untuk menggerakkan atau menjalankan kenderaan;
~ ringan kenderaan bermotor yang beratnya bersama muatan kurang daripada lima tan, seperti kereta, van dan motosikal;

berkenderaan menggunakan atau mempunyai kenderaan (seperti berbasikal, berkereta, berkuda, dan lain-lain):
mereka datang beramai-ramai, ada yang ~ dan ada yang berjalan kaki sahaja;
walaupun ia pegawai yang berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dengan syarikat buruh;

pengendera
1. orang yang menaiki atau menggunakan kenderaan (seperti kereta dan sebagainya);

2. [arkaik] penunggang (kuda, gajah, dan lain-lain).

berkongsi