kelopak I

sesuatu yang tipis yang menjadi penutup atau pembalut;
~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yang masih muda;
~ bunga bahagian yang berwarna terang pada bunga;
~ jantung pembalut jantung pisang;
~ mata bahagian di antara kening dengan mata (yang menutupi mata), pelupuk mata;
~ salak kulit buah salak;
seperti ~ pandan (peribahasa) menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dan sebagainya seseorang perempuan:
betisnya seperti ~ pandan, lehernya seperti gambar dilarik;
tinggal ~ salak
(peribahasa) habis segala harta (kerana kecurian dan sebagainya atau kerugian dalam perniagaan);

berkelopak mempunyai kelopak;

mengelopak, terkelopak terbuka (terkembang) kulit penutupnya.

berkongsi