1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan):
sikap masyarakat yang ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan;
~ tangkap salah tangkap;
2. tertukar (kerana menyangkakan yang lain itu miliknya):
~ dengan barang orang lain;
mengelirukan
1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan):
penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas;
ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ;
2. mengatakan keliru (khilaf dan lain-lain), menyalahkan:
orang itu ~ ucapannya;
terkeliru tersalah (pada membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat:
sangkaannya itu ~ semata-mata;
beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yang ~ untuk menyebarkan faham komunis;
kekeliruan kesalahan (pada membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan:
penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu;
pengeliruan perbuatan mengelirukan:
penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam.