pertengkaran, perbalahan, pergaduhan;
sehabis ~ teringat silat (peribahasa) setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yang baik menyelesaikannya;
berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh:
riuh-rendah bunyi orang ~;
~ di ekor alahan (peribahasa) memperdebatkan perkara kecil atau perkara yang sudah selesai;
~ dalam mimpi (peribahasa)
a) tiba-tiba bersikap seperti orang telah berkelahi;
b) bersusah payah dengan sesia sahaja;
~ dengan orang tak berambut (peribahasa) berkelahi (berselisihan) dengan orang yang rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya;
bagai ~ dalam kapuk (kepuk) (peribahasa) perihal sesuatu perkara yang tidak mudah diselesaikan;
memperkelahikan
1. menyebabkan (orang) berkelahi;
2. merebuntukan (memperjuangkan) sesuatu dengan berkelahi;
3. melawan berkelahi, menyerang;
perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan:
terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu.