1. sejenis penyakit kulit (yang membuat kulit bertelau-telau atau berbelang-belang);
2. bertelau-telau (berbelang-belang) putih pada kulit:
Raja China pun sakit, lalu ~ semuanya tubuh baginda;
~ anjing telau (belang-belang) kecil pada kulit (kerana penyakit kusta);
 ~ gajah kedal yang menimbulkan telau (belang-belang) besar;
 ~ tulah [sastera lama] kedal yang menghinggapi seseorang kerana kedaulatan raja:
telah pagi hari dilihatnya puteri itu ~ tulah sebab dijamah baginda itu; menggetil puncak ~ orang (peribahasa) menyakiti hati orang dengan sindiran atau perbuatan;
berkedal [Minangkabau] dihinggapi penyakit kedal, bertelau-telau;
 muka licin, ekor ~ (peribahasa)
a) baik pada lahirnya sahaja (tidak pada batinnya);
 b) pada lahirnya hidup mewah tetapi sebenarnya banyak hutang.