1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dan lain-lain), tidak lut:
mereka ~, tidak lut oleh senjata;
kereta ~;
ilmu ~ ilmu yang membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru;
2. tidak boleh didakwa (dituntut) dalam mahkamah:
ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen;
3. [Indonesia] tidak dapat dihinggapi penyakit;
~ daging tidak lut;
~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras;
~ pakan kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dan lain-lain;
~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dalam badan (dengan dijampi);
~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan;
mengebal menjadi kebal;
mengebalkan menjadikan kebal;
kekebalan
1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dan lain-lain):
~ seorang pendekar;
2. (Undang-undang) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan daripada sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dan sebagainya), imuniti:
mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kepada seorang presiden;
~ raja-raja;
~ diplomatik kebebasan yang diberikan kepada diplomat asing daripada didakwa di mahkamah;
~ raja konsep yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan.