1. kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya), jika, jikalau:
pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka;
2. seandainya, sekiranya, misalnya:
~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan?
3. bagi…, menurut pendapat…, sekiranya (saya dan lain-lain) yang terlibat atau yang memutuskan dan sebagainya:
~ saya, budak itu sudah patut dihukum;
kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)…:
ia bimbang ~ ada orang yang melihatnya;
segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anakanda baginda pada segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara;
kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun:
~ ada, tidak terbayar kita harganya;
berkalau-kalau mengatakan sesuatu yang tidak pasti dengan mengatakan kalau berkali-kali, atau memberikan pelbagai alasan:
mengapa pula ~ Fikri?;
budaya ilmu menjauhkan masyarakat daripada membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura.