1. anggota badan (mulai dari paha ke bawah) untuk berjalan (berdiri, melompat, dan sebagainya):
sebelah ~nya dilunjurkan;
~ kewet [Kelantan] kaki tempang;
(ber)jalan ~ berjalan dengan tidak menggunakan kenderaan;
mesin (jahit) ~ mesin jahit yang dijalankan dengan kaki;
2. bahagian kaki (anggota badan) yang di sebelah bawah (dari buku lali ke bawah):
~nya terlalu besar untuk kasut itu;
tapak ~ permukaan kaki yang di bawah sekali (dari tumit hingga ke jari);
3. bahagian (sebagai penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri:
~ kerusi;
~ meja;
4. bahagian yang di sebelah bawah sesuatu;
~ gunung bahagian bawah gunung;
~ kain bahagian kain sarung yang di sebelah bawah;
~ langit bahagian langit yang kelihatan seperti bertemu dengan permukaan laut atau bumi;
~ seluar bahagian seluar yang menyelubungi kaki (apabila dipakai);
5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda:
se~ bunga;
se~ payung;
se~ kunyit;
6. ukuran panjang yang sama dengan 12 inci atau 30 sentimeter:
kira-kira satu ~ setengah tingginya;
7. [kiasan] (orang yang) suka melakukan sesuatu:
~ arak;
~ pancing;
~ arak orang yang suka minum arak;
~ bajang tiang yang beralaskan batu dan lain-lain yang lebar;
~ bangkang orang yang sering menentang atau tidak bersetuju dengan pandangan, pendapat dan sebagainya orang lain;
~ bangku (orang yang) tidak pandai bermain (menyepak) bola;
~ botol orang yang suka minum minuman keras;
~ buli orang yang suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yang lemah (untuk membuat sesuatu);
~ butang benang penjahit yang dililitkan di bawah butang yang dikenakan pada baju dan lain-lain;
~ gaduh (orang yang) suka bergaduh;
~ hutan tepi (pinggir) hutan;
~ judi (orang yang) suka berjudi;
~ lima
a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dengan tepi jalan;
b) lantai yang beratap yang menghubungkan dua buah rumah;
~ (meng)umpat orang yang suka mengumpat;
~ pancing orang yang suka dan biasanya pandai memancing;
~ papan unit ukuran papan gergaji (dengan dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal);
~ perempuan orang yang suka main perempuan;
~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu;
~ telanjang kaki yang tidak berkasut;
~ tengkar orang yang suka bertengkar;
~ tiga penopang kamera dan lain-lain, tripod;
~ tiung padi yang hampir masak;
~ tunggang kaki botol;
~ naik, kepala turun (peribahasa) tidak berhenti-henti bekerja untuk mencari rezeki;
~ pekuk lenggang ke perut (peribahasa) orang yang hodoh;
~ sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan [Minangkabau] (peribahasa) sudah melakukan kesalahan;
berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah (peribahasa) berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu;
cepat ~ ringan tangan (peribahasa) sangat cekap dan suka menolong;
naik basuh ~ sahaja (peribahasa) mendapat sesuatu dengan mudah sahaja;
terikat ~ tangan (peribahasa) tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi);
berkaki mempunyai (memakai) kaki;
~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu;
~ kepada (pada) bergantung pada;
mengaki
1. turut bekerja dengan tidak mendapat bayaran (upah);
2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh:
betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kepada anggota polis;
~ langit rata (lurus) sebagai kaki langit;
~ meja [bahasa percakapan] tidak naik darjah;
pekaki ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.